Skip to Main

Dasar Privasi

Kami di LexisNexis Legal & Professional mengambil privasi dan kepercayaan anda terhadap kami dengan serius. Dasar privasi ini memberikan maklumat kepada anda mengenai cara kami mengumpul, mengguna dan menzahirkan maklumat peribadi anda.

1. Mengenai Dasar Privasi Ini

Dasar Privasi ini terpakai apabila anda mengunjungi atau menggunakan laman web, aplikasi serta perkhidmatan kami, termasuk acara, yang merujuk kepada atau berkait dengan dasar privasi ini (setiap satu, "Perkhidmatan"). Dasar privasi ini mungkin dilengkapi dengan pernyataan, terma atau notis privasi tambahan yang diberikan kepada anda.

Syarikat LexisNexis yang memiliki atau mentadbir Perkhidmatan, sepertimana yang dikenalpasti oleh Perkhidmatan yang berkenaan, ialah pengawal utama maklumat peribadi anda yang diberikan kepada, atau dikumpulkan oleh atau untuk, Perkhidmatan berkenaan.

Kami akan memaklumkan jenis maklumat peribadi yang diperlukan dan yang diminta dalam proses pendaftaran produk dan perkhidmatan kami serta borang pendaftaran lain. Anda boleh memilih supaya tidak membekalkan maklumat yang diminta, tetapi ini mungkin mengehadkan atau menghalang perkhidmatan yang dapat dibekalkan oleh LexisNexis kepada anda.

Untuk maklumat mengenai pengendalian maklumat peribadi yang terkandung dalam kandungan perkhidmatan kami, seperti di dalam keputusan mahkamah (“case law”) , sila merujuk kepada Pernyataan Pemprosesan Adil kami.

2. Maklumat yang Kami Kumpulkan

Kami mengumpulkan maklumat mengenai anda melalui tiga cara: secara langsung daripada anda, daripada sumber pihak ketiga dan melalui teknologi automatik.

2.1 Data yang Anda Berikan kepada Kami
Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan secara langsung daripada anda bergantung kepada cara anda berinteraksi dengan kami dan Perkhidmatan berkenaan, termasuk:

  • Butiran perhubungan, seperti nama, alamat e-mel, alamat pos, pemegang media sosial dan nombor telefon anda;
  • Kelayakan log masuk akaun, seperti nama pengguna dan kata laluan, petunjuk kata laluan dan maklumat keselamatan yang lain;
  • Maklumat pendaftaran dan profil akaun yang lain, seperti jawatan pekerjaan, latar belakang dan kelayakan pendidikan dan profesional, serta gambar;
  • Maklumat pembayaran, seperti nombor kad kredit atau debit;
  • Komen, maklum balas dan maklumat lain yang anda membekalkan kepada kami, termasuk maklumat pertanyaan (“search query”), dan data atau soalan yang dihantar oleh anda kepada bahagian sokongan pelanggan; dan/atau
  • Minat dan pilihan komunikasi, termasuk pilihan bahasa.

2.2 Data daripada Pertubuhan Anda
Kami mungkin mendapatkan maklumat peribadi anda daripada majikan atau pihak-pihak bersekutu anda (“Pertubuhan”) untuk mengaktif dan menguruskan hak akses dan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan yang dilanggani oleh Pertubuhan, termasuk:

  • Butiran perhubungan, seperti nama dan alamat e-mel pertubuhan anda, alamat pos dan nombor telefon anda;
  • Maklumat pendaftaran lain seperti jawatan pekerjaan; dan/atau
  • ID pengguna pertubuhan

2.3 Data daripada Sumber Lain
Kami juga mungkin mendapatkan butiran perhubungan serta maklumat lain tentang diri anda daripada syarikat-syarikat bersekutu kami dan pihak ketiga yang lain, termasuk:

  • Rangkaian-rangkaian sosial apabila anda memberikan keizinan kepada Perkhidmatan berkenaan untuk mengakses data anda di satu atau lebih rangkaian;
  • Penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengenal pasti lokasi untuk menyesuaikan produk tertentu dengan lokasi anda;
  • erniagaan yang menawarkan perkhidmatan berjenama bersama kami (“co-branded services”) atau terlibat dalam aktiviti pemasaran bersama kami; dan/atau
  • Sumber awam dan pembekal data dari mana kami mendapatkan data untuk mengesahkan atau melengkapkan maklumat yang kami sedia simpan.

2.4 Data daripada Penggunaan Perkhidmatan Berkenaan, Termasuk Kuki
Perkhidmatan berkenaan mungkin mengumpulkan maklumat tentang cara anda dan peranti anda berinteraksi dengan Perkhidmatan berkenaan secara automatik, termasuk:

  • Maklumat komputer, peranti dan sambungan, seperti alamat IP, jenis dan versi pelayar, sistem operasi dan perisian lain yang dipasang dalam peranti anda, platform mudah alih dan pengecam peranti unik dan pengecam teknikal lain, laporan ralat dan data prestasi;
  • Data penggunaan, seperti ciri yang anda gunakan, tetapan yang anda memilih, data penstriman klik URL anda, termasuk tarikh dan cap masa dan halaman rujukan dan halaman keluar, istilah carian yang anda gunakan dan halaman yang anda kunjungi atau mencari dengan menggunakan Perkhidmatan berkenaan;
  • Untuk Perkhidmatan yang berkaitan dengan pendidikan, modul kursus dan soalan ujian yang anda meneliti, menjawab atau melengkapkan; dan/atau
  • Untuk Perkhidmatan yang bergantung kepada lokasi, wilayah, bandar raya atau bandar di mana peranti anda ditempati, untuk memberikan anda kandungan yang lebih sesuai dengan lokasi anda.

Kami mengumpulkan data ini melalui pelayan kami dan penggunaan kuki serta teknologi lain. Kuki merupakan fail teks kecil yang boleh dibaca oleh pelayan web dalam domain yang meletakkan kuki berkenaan dalam cakera keras anda. Kami mungkin menggunakan kuki serta teknologi lain untuk menyimpan pilihan dan tetapan anda, membantu anda mendaftar masuk, membolehkan sasaran iklan dan menganalisis operasi laman web. Anda boleh mengawal kuki melalui tetapan pelayar dan fungsi alatan lain. Walaupun bagaimanapun, jika anda menyekat kuki tertentu, anda mungkin tidak dapat mendaftar, log masuk, atau mengakses bahagian tertentu atau memanfaatkan sepenuhnya Perkhidmatan berkenaan.Untuk maklumat lanjut, sila merujuk kepada dasar kuki Perkhidmatan berkenaan.

3. Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda

Bergantung kepada cara anda berinteraksi dengan kami dan Perkhidmatan berkenaan, kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

  • Menyedia, mengaktif dan menguruskan akses dan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan
  • Memproses dan memenuhi permintaan, pesanan, muat turun, langganan atau transaksi lain;
  • Memberikan sokongan teknikal, sokongan produk dan sokongan-sokongan lain serta membantu memastikan Perkhidmatan berfungsi dengan baik, selamat dan terjamin;
  • Meningkatkan dan menambah baik Perkhidmatan serta produk, acara dan perkhidmatan kami yang lain serta membangunkan produk, perkhidmatan dan manfaat yang baru;
  • Menawarkan kepada anda kandungan tersuai serta personalisasi lain untuk menjadikan Perkhidmatan lebih berkaitan dengan minat dan geografi anda;
  • Mengambil tindakan terhadap permintaan, pertanyaan, komen dan kebimbangan anda;
  • Memaklumkan perubahan, pengemaskinian serta pengumuman lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan produk serta perkhidmatan kami yang lain;
  • Menyampaikan iklan yang disasarkan, mesej promosi, notis dan maklumat lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan berkenaan dan minat anda;
  • Menyampaikan mesej promosi dan maklumat lain mengenai produk, acara dan perkhidmatan kami, pihak bersekutu kami dan pihak ketiga kami seperti penaja kepada anda;
  • Menjemput anda untuk menyertai pengujian dan tinjauan pengguna serta cabutan, undian, pertandingan dan promosi yang serupa;
  • Mengenal pasti arah aliran penggunaan dan membangunkan analisis data, termasuk untuk tujuan penyelidikan, audit, pelaporan dan operasi perniagaan lain, termasuk menentukan keberkesanan kempen promosi kami dan menilai prestasi perniagaan kami, atau untuk tujuan lain yang dibenarkan menurut perjanjian pelanggan; dan/atau
  • Mematuhi tanggungjawab undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan perjanjian kami.

Jika anda berperanan sebagai pentadbir pertubuhan yang melanggani Perkhidmatan berkenaan, kami akan menggunakan butiran anda untuk berkomunikasi dengan anda mengenai langganan pertubuhan anda serta perkhidmatan yang berkaitan. Jika anda membekalkan maklumat perhubungan rakan sekerja anda kepada kami, kami mungkin menghubungi individu tersebut dengan komunikasi yang berkenaan dengan Perkhidmatan yang mungkin merujuk kepada anda.

4. Perkongsian Maklumat Anda

4.1 Pertubuhan Anda
Jika anda mengakses Perkhidmatan berkenaan melalui langganan yang ditadbir oleh pertubuhan anda, maklumat peribadi anda serta data penggunaan tertentu yang dikumpulkan melalui Perkhidmatan mungkin diakses oleh atau dikongsi dengan pentadbir sah pertubuhan anda untuk tujuan analisis penggunaan, pengurusan dan pematuhan langganan, kemajuan kursus latihan, prestasi dan pemulihan, pembahagian kos dan pembelanjawanan jabatan.

4.2 Pemberi Lesen Aplikasi
Jika anda mengakses aplikasi pihak ketiga dalam Perkhidmatan melalui perjanjian lesen dengan pemberi lesen aplikasi tersebut, maklumat peribadi yang berkaitan dengan aplikasi pihak ketiga tersebut mungkin dikongsi dengan pemberi lesen supaya ia dapat memberikan anda akses kepada aplikasi, tertakluk kepada terma perjanjian lesen dan dasar privasinya.

4.3 Kumpulan Syarikat dan Penyedia Perkhidmatan Kami
Bergantung kepada Perkhidmatan yang disediakan, kami berkongsi maklumat dengan:

  • Pihak bersekutu kami, nama dan bahagian dagangan kami dalam kumpulan syarikat LexisNexis di seluruh dunia dan syarikat Kumpulan RELX tertentu yang menyediakan teknologi, perkhidmatan pelanggan dan fungsi perkhidmatan bersama yang lain; dan/atau
  • enyedia perkhidmatan, pembekal, ejen dan wakil kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pemproses pembayaran, sokongan pelanggan, penyedia perkhidmatan e-mel, tempat acara dan penyedia perkhidmatan, penyedia perkhidmatan IT, penyedia perkhidmatan pemasaran, penyedia penyelidikan, perkhidmatan mel dan ejen penghantaran;

untuk memproses maklumat yang diperlukan untuk memberikan Perkhidmatan kepada anda, melengkapkan transaksi atau memenuhi permintaan anda atau sebaliknya bagi pihak kami berdasarkan arahan kami dan mematuhi dasar privasi ini dan mana-mana langkah kerahsiaan dan keselamatan lain yang wajar.

4.4 Ketetapan Anda
Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak bersekutu kami serta penaja, entiti usaha sama dan pihak ketiga yang lain, termasuk entiti di mana kami bertindak sebagai ejen, pemegang lesen, hos aplikasi atau penerbit, yang ingin menghantar kepada anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan masing-masing yang mungkin menarik minat anda, seperti yang ditentukan oleh anda semasa menguruskan tetapan komunikasi anda dan tetapan lain.

Perkhidmatan berkenaan mungkin membolehkan anda menyiarkan dan berkongsi maklumat peribadi, komen, bahan dan kandungan lain. Sebarang sumbangan yang anda menzahirkan secara umum mungkin dikumpul dan digunakan oleh pihak-pihak lain. Sila berhati-hati semasa menzahirkan maklumat peribadi di ruang awam sebegini.

4.5 Atas Alasan Undang-undang
Kami juga akan menzahirkan maklumat peribadi anda jika kami mempunyai kepercayaan yang tulus bahawa penzahiran tersebut diperlukan untuk:

  • memenuhi keperluan undang-undang, peraturan, proses perundangan atau kewajipan undang-undang yang berkenaan;
  • mengesan, menyiasat dan membantu mencegah isu keselamatan, penipuan atau teknikal; dan/atau
  • melindungi hak, harta benda atau keselamatan LexisNexis, pengguna kami, pekerja kami atau individu yang lain; dan
  • sebagai sebahagian daripada transaksi korporat, seperti pemindahan aset kepada syarikat lain atau pengambilalihan oleh syarikat lain atau penggabungan dengan syarikat lain.

5. Alasan Pemprosesan

Apabila kami mengumpulkan atau memproses sebarang maklumat peribadi di dalam skop undang-undang perlindungan data Eropah, kami mengumpulkan atau memproses maklumat peribadi tersebut:

  • jika perlu untuk memberikan Perkhidmatan, memenuhi transaksi atau melaksanakan kontrak dengan anda atau atas permintaan anda sebelum mengikat kontrak;
  • jika perlu untuk pematuhan kami terhadap undang-undang atau kewajipan undang-undang lain yang berkenaan;
  • jika perlu untuk melaksanakan tugas yang dilakukan demi kepentingan awam;
  • jika perlu untuk membolehkan pelanggan kami mematuhi kewajipan undang-undang mereka;
  • jika berkenaan, dengan persetujuan anda; dan/atau
  • jika perlu bagi menjalankan perniagaan kami, melindungi keselamatan sistem, pelanggan dan pengguna kami, mengesan atau mencegah penipuan, atau memenuhi kepentingan sah kami yang lain seperti yang dihuraikan dalam bahagian 2-4 di atas, kecuali jika kepentingan kami diatasi oleh hak privasi anda.

Jika kami bergantung kepada persetujuan anda untuk memproses maklumat peribadi, anda berhak menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa, dan jika kami bergantung pada kepentingan yang sah untuk memproses maklumat peribadi, anda mungkin berhak untuk membantah pemprosesan kami.

6. Pengekalan Data

Kami mengekalkan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memberikan Perkhidmatan berkenaan kepada anda dan memenuhi transaksi yang diminta oleh anda, atau untuk tujuan lain yang penting seperti mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelenggara rekod perniagaan dan kewangan, menyelesaikan pertikaian, menjaga keselamatan, mengesan dan mencegah penipuan dan penyalahgunaan, dan menguatkuasakan perjanjian kami. Jika anda mengakses Perkhidmatan melalui langganan yang ditadbir atau ditaja oleh pertubuhan anda, kami akan menyimpan butiran perhubungan pertubuhan anda selepas penamatan langganan pertubuhan anda untuk terus berkomunikasi dengan anda.

7. Lokasi Pemprosesan

Maklumat peribadi anda mungkin disimpan dan diproses di dalam negeri anda atau di negara lain dimana LexisNexis, pihak bersekutunya serta penyedia perkhidmatannya menempatkan pelayan dan kemudahan, termasuk Australia, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, India, Ireland, Mauritius, Belanda, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kami mengambil langkah, termasuk melalui kontrak, untuk memastikan bahawa maklumat tersebut terus dilindungi di mana sahaja ia berada dan dengan cara yang konsisten mengikut standard perlindungan yang diperlukan di bawah undang-undang berkenaan.

LexisNexis, bahagian Relx Inc., telah memperakui EU-A.S. Rangka Kerja Privasi Data (EU-U.S. DPF), Sambungan UK ke EU-U.S. DPF, Rangka Kerja Data Privasi dan Swiss-A.S. seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Sila lihat Notis Perlindungan Privasi entiti ini sini. Untuk maklumat lanjut tentang program Rangka Kerja Data Privasi dan untuk melihat certifikasi entitini, sila kunjungi https://www.dataprivacyframework.gov.

8. Keselamatan Data

Kami melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi dalam usaha memastikan tahap keselamatan yang wajar terhadap risiko kepada maklumat peribadi yang kami memproses. Langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan integriti, kerahsiaan dan ketersediaan maklumat peribadi.

9. Privasi Kanak-kanak

Kami tidak akan mengumpulkan maklumat daripada golongan bawah umur (“minors”) dengan sengaja atau menyasarkan Perkhidmatan kepada golongan bawah umur.

10. Tetapan Komunikasi Anda

Anda boleh menyesuaikan dan mengurus tetapan komunikasi anda dan tetapan lain apabila anda mendaftar bersama Perkhidmatan dengan mengemas kini ciri dan keutamaan akaun anda, menggunakan mekanisme "pilih keluar" seperti "berhenti melanggan" atau cara lain yang disediakan dalam komunikasi yang anda terima, atau dengan menghubungi kami. Kami memelihara hak untuk memaklumkan perubahan atau pengemaskinian terhadap Perkhidmatan kepada anda apabila perlu.

11. Mengakses dan Mengemas Kini Maklumat Anda

11.1 Akaun Anda
Perkhidmatan berkenaan mungkin membenarkan pengguna berdaftar mengakses dan menyemak maklumat akaun mereka secara langsung serta membuat pembetulan atau pengemaskinian pada bila-bila masa selepas log masuk. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan maklumat mereka tersebut sentiasa dikemas kini. Pengguna berdaftar juga boleh menutup akaun mereka secara langsung melalui Perkhidmatan atau dengan menghubungi sokongan pelanggan Perkhidmatan.

11.2 Hak Anda
Anda mungkin berhak di bawah undang-undang privasi dan perlindungan data Eropah dan undang-undang privasi dan perlindungan data yang lain, sebagaimana yang terpakai, untuk meminta tanpa caj:

  • akses kepada maklumat peribadi anda;
  • pembetulan atau penghapusan maklumat peribadi anda;
  • menyekat pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami, atau membantah pemprosesan kami; dan
  • kemudahalihan maklumat peribadi anda.

Jika Anda ingin menggunakan hak-hak ini, silakan kirimkan permintaan Anda secara tertulis melalui pusat privasi kami. Kami akan menanggapi permintaan Anda sesuai dengan hukum yang berlaku. Untuk melindungi privasi dan keamanan Anda, kami mungkin akan meminta Anda untuk memverifikasi identitas Anda.

12. Perubahan

Kami akan mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan disiarkan pada halaman ini bersama dengan tarikh dasar dikemas kini. Sekiranya kami membuat perubahan material, kami akan memberikan notis melalui Perkhidmatan atau kaedah-kaedah lain. Sekiranya terdapat sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi ini dan mana-mana versi Dasar Privasi ini dalam bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dan diberi keutamaan setakat dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan.

13. Maklumat Perhubungan

Jika Anda memiliki pertanyaan, komentar, keluhan, atau permintaan terkait kebijakan privasi ini atau pemrosesan informasi Anda oleh kami, silakan hubungi kami melalui pusat privasi kami.

Perwakilan perlindungan data untuk bisnis kami yang memproses data pribadi dalam cakupan undang-undang perlindungan data Uni Eropa dan didirikan di luar Wilayah Ekonomi Eropa (European Economic Area/EEA) dan Swiss adalah LexisNexis Business Information Solutions B.V., Radarweg 29, Amsterdam 1043 NX, Belanda.

Perwakilan perlindungan data untuk bisnis kami yang memproses data pribadi dalam cakupan undang-undang perlindungan data Inggris Raya (UK) dan didirikan di luar Inggris Raya adalah RELX (UK) Limited, yang diperdagangkan sebagai LexisNexis, Lexis House, 30 Farringdon Street, London EC4A 4HH, Inggris Raya.

Anda juga dapat mengajukan keluhan kepada otoritas perlindungan data di yurisdiksi yang berlaku.

14. Notis Tambahan

14.1 Pengarang / Penyumbang

Sekiranya kami berkontrak dengan anda bagi menghasilkan kandungan untuk mana-mana perkhidmatan kami, seperti menulis buku, analisis undang-undang, ulasan, panduan atau pendapat undang-undang untuk penyebaran maklumat kepada pelanggan kami, kami akan memproses beberapa maklumat peribadi mengenai anda. Maklumat tersebut termasuk:

  • nama, pertubuhan dan butiran perhubungan;
  • pengalaman profesional, peranan, bidang pekerjaan, persekutuan dan kepakaran subjek;
  • Biografi atau profil profesional yang dihasilkan atau diluluskan oleh anda, termasuk imej, persamaan atau suara anda, yang mungkin diterbitkan dalam perkhidmatan kami dan disediakan untuk pelanggan kami di samping mana-mana kandungan yang dihasilkan oleh anda untuk LexisNexis;
  • maklumat kewangan bertujuan memudahkan pembayaran untuk karya yang dihasilkan;
  • komen dan maklum balas editorial dan pengulas sebagai sebahagian daripada penilaian rakan sekerja; dan
  • maklumat pentadbiran seperti pengemaskinian karya kerja pengarang.

Maklumat di atas diproses untuk memudahkan penerbitan karya dan mentadbir, mengurus dan memenuhi kontrak kami dengan anda.

Anda boleh memilih supaya tidak dihubungi oleh LexisNexis untuk menghasilkan kandungan bagi kami dengan menghubungi kami melalui komunikasi yang anda terima daripada pasukan pembangunan kandungan kami, atau melalui butiran perhubungan yang ternyata di dalam dasar ini.

Sila merujuk kepada bahagian utama dasar privasi ini untuk butiran terperinci mengenai hak anda, pengekalan, lokasi pemprosesan dan butiran perhubungan bagi pertanyaan mengenai privasi dan perlindungan data.

14.2 Pemberitahuan Khusus Yurisdiksi

Untuk informasi lebih lanjut mengenai pemrosesan data pribadi kami sebagaimana diwajibkan oleh hukum setempat yang berlaku, lihat Pemberitahuan Privasi Konsumen A.S., Pemberitahuan Pemrosesan, dan Suplemen Informasi Pemrosesan Data.

Kali Terakhir Dikemas Kini: 14 April 2024

12. Perubahan

Kami akan mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan disiarkan pada halaman ini bersama dengan tarikh dasar dikemas kini. Sekiranya kami membuat perubahan material, kami akan memberikan notis melalui Perkhidmatan atau kaedah-kaedah lain. Sekiranya terdapat sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi ini dan mana-mana versi Dasar Privasi ini dalam bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dan diberi keutamaan setakat dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan.

13. Maklumat Perhubungan

Jika anda mempunyai soalan, komen, aduan atau permintaan berkenaan dasar privasi ini atau pemprosesan maklumat anda oleh kami, sila hubungi:

 

Pegawai Perlindungan Data
LexisNexis Malaysia Sdn Bhd
Suite 29-1, Level 29, Vertical Corporate
Tower B
Avenue 10, The Vertical
Bangsar South City
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
Email: my.dataprotectionofficer@lexisnexis.com

14. Notis Tambahan

14.1 Pengarang / Penyumbang

Sekiranya kami berkontrak dengan anda bagi menghasilkan kandungan untuk mana-mana perkhidmatan kami, seperti menulis buku, analisis undang-undang, ulasan, panduan atau pendapat undang-undang untuk penyebaran maklumat kepada pelanggan kami, kami akan memproses beberapa maklumat peribadi mengenai anda. Maklumat tersebut termasuk:

  • nama, pertubuhan dan butiran perhubungan;
  • pengalaman profesional, peranan, bidang pekerjaan, persekutuan dan kepakaran subjek;
  • Biografi atau profil profesional yang dihasilkan atau diluluskan oleh anda, termasuk imej, persamaan atau suara anda, yang mungkin diterbitkan dalam perkhidmatan kami dan disediakan untuk pelanggan kami di samping mana-mana kandungan yang dihasilkan oleh anda untuk LexisNexis;
  • maklumat kewangan bertujuan memudahkan pembayaran untuk karya yang dihasilkan;
  • komen dan maklum balas editorial dan pengulas sebagai sebahagian daripada penilaian rakan sekerja; dan
  • maklumat pentadbiran seperti pengemaskinian karya kerja pengarang.

Maklumat di atas diproses untuk memudahkan penerbitan karya dan mentadbir, mengurus dan memenuhi kontrak kami dengan anda.

Anda boleh memilih supaya tidak dihubungi oleh LexisNexis untuk menghasilkan kandungan bagi kami dengan menghubungi kami melalui komunikasi yang anda terima daripada pasukan pembangunan kandungan kami, atau melalui butiran perhubungan yang ternyata di dalam dasar ini.

Sila merujuk kepada bahagian utama dasar privasi ini untuk butiran terperinci mengenai hak anda, pengekalan, lokasi pemprosesan dan butiran perhubungan bagi pertanyaan mengenai privasi dan perlindungan data.

14.2 Hak Privasi California

Sekiranya anda bermastautin di California, sila rujuk kepada Notis Akta Privasi Pengguna California kami.

14.3 Notis Khas Mengikut Lokasi

Bagi maklumat lanjut mengenai pemprosesan data peribadi oleh kami mengikut kehendakan undang-undang tempatan yang terpakai, sila lihat Lampiran Maklumat Pemprosesan Data.

Pernyataan Pemprosesan Adil LexisNexis

Sebahagian daripada kandungan yang kami sediakan dalam perkhidmatan pangkalan data kami, mengikut sifatnya yang tertentu, mengandungi maklumat peribadi. Pernyataan pemprosesan ini memberikan butiran terperinci mengenai maklumat peribadi yang terdapat dalam kandungan perkhidmatan kami.

Keputusan mahkamah (“Case Law”), Analisis Undang-undang dan Ulasan

Kecuali dimana perundangan setempat atau embargo mahkamah terpakai, keputusan mahkamah dan analisis undang-undang yang merujuk kepada undang-undang kes yang kami sediakan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami mungkin mengandungi maklumat peribadi.

Kami menegaskan bahawa maklumat peribadi tersebut ialah urusan mahkamah rasmi / rekod awam. Maklumat ini telah diberikan kepada LexisNexis untuk penerbitan kepada pelanggan kami oleh badan awam yang terlibat demi kepentingan menegakkan dan melindungi kedaulatan undang-undang. Tambahan pula, ianya penting untuk keberkesanan sistem perundangan di seluruh dunia supaya pengguna kami dapat menggunakan sejumlah besar undang-undang kes sejarah, termasuk dengan memahami keadaan individu yang dirujuk di dalamnya.

Sungguhpun pengarang-pengarang kertas kerja, jurnal dan ulasan kes yang kami sediakan melalui perkhidmatan kami mungkin merujuk kepada rekod tersebut, kami tidak berkuasa untuk mengawal perkara yang dilaporkan dalam rekod mahkamah itu sendiri. Perkara tersebut terpulang kepada pihak mahkamah untuk memutuskan maklumat peribadi yang boleh terkandung dalam rekod yang dizahirkan dan keseimbangan yang perlu dicapai antara kepentingan awam dalam penzahiran dan hak privasi individu.

Sila rujuk kepada bahagian utama dasar privasi ini untuk butiran terperinci mengenai hak anda, pengekalan, lokasi pemprosesan dan butiran untuk dihubungi bagi apa-apa pertanyaan mengenai privasi dan perlindungan data.

Kali Terakhir Dikemas Kini: 10 Oktober 2023